Tuesday 2 June 2020

Strategi Bisnes Semasa Covid19

STRATEGI YANG TEPAT, BISNES BOLEH MELOMPAT LEBIH TINGGI SEMASA BENCANA SEPERTI COVID-19
.
Kena ingat, banyak syarikat besar bloom selepas perang. Entry strategi kena betul. Kelmarin saya berkongsi tentang tindakan drastik kami menutup operasi Singapura sebagai langkah LOSS CUTTING ataupun LOSS CAPPING. Ini semua pengurusan risiko yang tidak popular tapi paling berkesan. Rugi memang dah rugi, cuma kena pilih rugi yang paling sedikit dan mematikan kerugian. Soal akan datang kita nak buat untung, itu kita cerita nanti masa semua dah OK. 
COVID NI MACAM PERANG juga kesannya kepada ekonomi. Antara yang sama macam dalam peperangan
- Bisnes banyak lingkup
- Orang tak boleh keluar
- Import dan export jadi sukar
- Orang hilang pekerjaan
- Keperluan asas menyusut
- Kemiskinan meningkat
- Ekonomi merudum drastik

Kan sama dah macam perang pun. Apa yang kena buat dengan bisnes sedia ada?

1. TUTUP kalau dah tak boleh pergi. Tak guna melawan kehendak ALAM. 

2. Ubah strategi, tukar haluan kemudi dan teruskan belayar jika masih boleh. 

3. Embark dalam bisnes baru yang lebih diperlukan dalam proses recovery. 

INGAT SEMUA, KITA AKAN MEMASUKI FASA "THE GREAT DEPRESSION" TIDAK LAMA LAGI...

Sumber:
Saiful Nang Telegram