Wednesday, 13 May 2020

5 Geran Bisnes Untuk Usahawan

5 geran bisnes pilihan untuk rujukan usahawan .

#1 – SME Corp TUBE

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara. Yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.
Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 sehingga 30 tahun, yang mempunyai minat mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Khususnya buat belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web SME Corp TUBE.

#2 – Cradle Fund CIP300

CIP300 adalah satu program pre-komersialisasi yang menyediakan geran bisnes bersyarat dan bantuan tambah nilai sehingga RM300,000 untuk usahawan. Ianya bertujuan untuk meghidupkan atau merangsang syarikat permulaan (startup) teknologi yang mempunyai inovatif untuk menambahbaik dan mengkomersialkan produk dan servis mereka. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Cradle Fund CIP300.

#3 – Teraju SUPERB

SUPERB atau Skim Permulaan Usahawan Bumiputera, menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat startup dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.8 juta dana SUPERB telah diluluskan.
Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Teraju SUPERB.

#4 – Platcom HIP2

HIP2 atau High Impact Programme 2, adalah satu platform hujung ke hujung (end-to-end) inovasi dan kemudahan komersial. Ia direka untuk membantu melancarkan proses inovasi untuk syarikat SME di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Platcom HIP2.

#5 – MDEC GTF

GTF atau Global Tech Fund, menyasarkan syarikat scale-up teknologi tempatan yang telah bersedia untuk memasuki pasaran global ataupun membesarkan pasaran global mereka yang telah sedia ada, melalui inovasi teknologi dan proses komersialisasi produk/servis. Ia mencari syarikat tempatan yang berpotensi menjadi Unicorn selepas ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web MDEC GTF.

Sumber:
Laman Web SME Niaga

Cabaran Emosi Semasa Covid19

☁️Menangani cabaran emosi semasa COVID-19 ☁️

1️⃣ Normal untuk berasa bimbang dan resah:
Terdapat banyak yang kita tidak tahu mengenai virus COVID-19, jadi ia adalah tindak balas normal dan biasa untuk merasa bimbang, cemas, dan resah tentang impak dan penyebarannya

2️⃣ Cabar pemikiran negatif:
Melihat dari pelbagai perspektif, berfikiran rasional dan berfikiran optimis dapat membantu mengurangkan kebimbangan dan tekanan anda

3️⃣ Libatkan diri dengan aktiviti dan tingkahlaku berfaedah:
Ambil tindakan untuk lindungi diri anda, pastikan penjagaan diri diamalkan dan kekal aktif ketika berada di rumah.

4️⃣ Hilangkan tekanan dan regangkan fizikal:
Latihan pernafasan dan meditasi mampu mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kesejahteraan umum.
.

 Sumber dipetik dari:

  • Telegram Dr samhan  https://t.me/drsamhan

Berkongsi ilmu & maklumat

InsyaAlllah di blog ni saya akan berkongsi pelbagai ilmu, info-info bisnes & produk yang sesuai.

Moga perkongsian nanti akan memberi manfaat kepada kita semua.

Lama tidak menulis

Lama Meninggalkan blog

InsyaAlllah setelah lama meninggalkan blog ini, saya akan menulis semula diselangseli dengan promosi produk-produk berkaitan.

Nanti boleh lah anda rajin-rajin melawat blog ini & dapat infomasi terkini

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 1441H 
Semoga tahun ini kita berjaya walaupun dilanda Wabak Covid19